BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, December 21, 2010

Bulan Bahasa dan Sastera Negara..

Bulan Bahasa dan Sastera Negara (BBSN) diperkenalkan pada tahun 1999 untuk membina jati diri dan memperteguh perpaduan bangsa Malaysia melalui bahasa dan sastera. Peranan bahasa kebangsaan sebagai salah satu asas pembinaan tamadun negara-bangsa Malaysia diharap masih lagi relevan dengan era global dan pemodenan yang diharungi kini. Justeru, bahasa dan sastera dapat menjadi wadah bagi masyarakat membentuk peribadi dan menyu-burkan nilai murni, kepunyaan dan perpaduan ke dalam jiwa setiap warganegara.
Pelbagai aktiviti kebahasaan dan kesusasteraan dijalankan dalam BBSN. Bulan September setiap tahun ditetapkan sebagai bulan BBSN dan majlis pelancarannya dijalankan di negeri yang telah dipilih oleh Jawatankuasa Induk. Program BBSN ini ialah hasil gabungan kempen Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK), Gerakan Cintailah Bahasa Kebangsaan (GCBK), Gerakan Bahasa Kebangsaan Sektor Swasta (GKSS) dan Minggu Sastera Negara (MSN). Pada tahun ini yang merupakan tahun ke-10 BBSN, sebanyak 72 aktiviti kebahasaan dan kesusasteraan dirancang dan dilaksanakan oleh pelbagai pihak di seluruh negara.
Objektif BBSN antaranya untuk mempersegar semangat kecinta-an masyarakat terhadap bahasa Melayu dan memperkukuh kembali keyakinan mereka terhadap keupayaan dan potensi bahasa kebangsaan sebagai bahasa komunikasi sosial dan perpaduan, serta bahasa ilmu dan pengucapan budaya tinggi. Gerakan BBSN ini juga merupakan satu pengisian, penjiwaan dan penghayatan Fasal 152 Perlembagaan Persekutuan. Kini, BBSN telah diangkat oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sebagai program teras pertama dalam Pelan Induk Pem-bangunan Pendidikan (PIPP): Membina Negara Bangsa.
Selain itu, BBSN juga menyer-lahkan fungsi serta peranan bahasa dan sastera kebangsaan sebagai salah satu tonggak pembinaan tamadun bangsa dan negara. Sebagai gerakan yang bertaraf nasional, BBSN mempunyai falsafah tersendiri di sebalik logo yang dicipta berwarna-warni. Logo BBSN tersebut mengungkapkan simbolik:-


  • JALUR GEMILANG melambangkan perpaduan rakyat yang ber-teraskan bahasa dan sastera Melayu.
  • BUKU TERBUKA menjadi simbol penyebaran bahasa dan sastera secara meluas.
  • CAKERA PADAT melambangkan teknologi alat baru sebagai wahana penyebarluasan maklumat bahasa dan sastera.
  • PENA melambangkan ketajaman penulisan dan sebagai alat menyampaikan ilmu.
  • MERAH melambangkan perpaduan rakyat yang berteraskan bahasa dan sastera Melayu.
  • BIRU NILA melambangkan semaraknya aktiviti bahasa dan sastera negara.
  • BIRU SIAN melambangkan warna korporat Dewan Bahasa dan Pustaka.

0 komen: